Terletak di bangunan baru Blok A yang pembinaannya bermula pada tahun 2010.
Penyerahan bangunan baru ini diterima dan digunakan sepenuhnya pada 27 Julai 2011 termasuklah surau ini seluas dua buah kelas terletak di aras tiga.
Musolla As-Solihin adalah sebagai tempat beribadah secara individu dan berjamaah.
Selain itu, surau ini berfungsi juga sebagai pusat kegiatan Pendidikan Islam di sekolah.
Kerjasama semua guru, pelbagai program dapat diatur dan dilaksanakan demi kepentingan pelbagai aktiviti terutama kepada para pelajar bertujuan memahami dan menghayati Islam secara sempurna dalam kehidupan seharian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan