Mencari rezeki yang halal adalah kewajipan setiap mukmin. Oleh itu Islam
amat menuntut supaya umatnya banyak bersabar dan jangan mudah berputus
asa dalam mencari rezeki tetapi hendaklah berusaha bersungguh-sungguh,
berdoa dan bertawakkal kepada Allah kerana rahmat Allah adalah sangat
luas dan Dia tidak akan mensia-siakan doa dan usaha hamba-Nya.
Sesungguhnya kemiskinan dan kesempitan hidup adalah satu ujian daripada
Allah namun begitu perlu direnungkan juga bahawa pendapatan (rezeki)
yang sedikit serta mencukupi keperluan hidup di dunia itu sebenarnya
adalah lebih baik daripada pendapatan (rezeki) yang banyak tetapi
melalaikan.
Di sinilah pentingnya keberkatan rezeki yang bakal
menentukan kebahagian hidup manusia di dunia dan akhirat.Rasulullah
s.a.w. bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya roh al-Qudus telah datang
kepada aku memberitahu bahawa seseorang itu tidak akan mati selagi tidak
sempurna rezeki Allah kepadanya. Maka takutlah kepada Allah dan
berusahalah dengan baik; dan lambatnya datang sesuatu rezeki itu
janganlah menjadi pendorong kepada kamu untuk melakukan usaha mencari
rezeki berbentuk maksiat kerana sesungguhnya rezeki Allah tidak akan
dapatdiperolehi melainkan dengan cara ketaatan.”
H.R. Ibn Majah dan at-Tabrani
Tiada ulasan:
Catat Ulasan