Ada beberapa adab dan peraturan yang disunahkan agar
mendapat kelebihan dan barakah dari Allah dan supaya doa itu dimakbulkan.
Berikut ini diberikan beberapa panduan menurut Al-Quran dan sunnah.
Berdoalah dengan
suara yang lembut
Doa adalah ditujukan kepada Allah yang Maha Mendengar. Apa
sahaja doa kita akan didengari Allah. Oleh yang demikian tak perlulah kita
mengeraskan suara.
Berdoa dengan
penuh yakin
Hendaklah berdoa dengan penuh yakin bahawa doa kita akan
dimakbulkan. Dari Anas r.a. katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda”: “Apabila
kamu berdoa, hendaklah kamu bersungguh-sungguh, yakin dalam doa (bahawa Allah
taala mendengar dan mengabulkan). Janganlah kamu berdoa dengan kalimah: “Ya
Allah, jika Engkau mahu, berilah aku!” Kerana sesungguhnya Allah Taala tidak
dipaksa memenuhi sesuatu doa.” H.R. Anas r.a.
Memohon Sebanyak
Tiga Kali
Ulangilah doa sebanyak 3 kali. Diriwayatkan oleh Imam
Bukhari dan Imam Muslim bahawa Abdullah Bin Mas’ud berkata: Baginda Rasulullah
s.a.w. jika berdoa, baginda berdoa sebanyak tiga kali, dan jika baginda memohon
baginda memohon sebanyak tiga kali. (H.R Bukhari dan Muslim)
Bersalawat Kepada
Nabi s.a.w.:
Sabda Rasul s.a.w.: Tiap tiap doa akan terhalang sehingga
dia bersalawat kepada Nabi s.a.w. (Hadis Hasan) Doa hendaklah dimulakan dan
diakhirkan dengan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
Menghadap qiblat.
Dari Abdullah Bin Mas’ud r.a., katanya: Nabi Muhammad s.a.w.
menghadap ke Ka’bah, lalu beliau berdoa mengutuk beberapa orang dari golongan
Quraisy. H.R. Bukhari dan Muslim
Mengangkat
Kedua-dua Belah Tangan Sambil Berdoa
Abdullah Bin Omar (ra) berkata: Nabi Muhammad SAW.
mengangkat kedua-dua tangannya, lalu baginda berdoa: Ya Allah, aku berlepas
diri kepada-Mu daripada apa yang dilakukan oleh Khalid (dua kali).
(Diriwayatkan oleh Al Bukhari)
Dalam hadis lain, berkata Abu Musa: Kemudian baginda Rasul
s.a.w. mengangkat kedua-dua tangannya, lalu beliau berdoa: Ya Allah, ampunilah
dosa ‘Ubaid Bin ‘Amir, dan aku melihat keputihan ketiak baginda. (HR Imam
Bukhari)
Berwudhu’ Sebelum
Berdoa
Berkata Abu Musa (ra): Sebelum ‘Ubaid Abu ‘Amir meninggal
dunia, dia telah berpesan kepada aku agar aku menyampaikan salamnya kepada Nabi
Muhammad s.a.w. dan memohon doanya agar Allah mengampuni dosa-dosanya. Ketika
pesanan tersebut aku sampaikan kepada baginda Rasul s.a.w. lalu baginda
menyuruhku agar mengambil sebekas air untuknya. Kemudian beliau berwudhu’ dan
mengangkatkan kedua-dua tangannya sambil berdoa: Ya Allah, ampunilah dosa
‘Ubaid Abi ‘Amir; dan aku melihat keputihan ketiak baginda. Baginda seterusnya
berdoa: Ya Allah, ampunilah dosa ‘Ubaid Abi ‘Amir dan aku melihat keputihan
ketiak baginda. Baginda seterusnya berdoa): Ya Allah, jadikanlah dia pada Hari
Kiamat sebagai orang yang mulia mengatasi kebanyakan makhluk-Mu. Lalu akupun
berkata: Mohon ampunan jugalah untuk aku ya Rasulullah. Kemudian baginda
berdoa: Ya Allah, ampunilah dosa dosa Abdullah Bin Qais (Abu Musa), dan
masukkanlah dia ke dalam tempat masuk yang mulia pada Hari Kiamat. (HR Imam
Bukhari dan Imam Muslim)
Berdoa Sambil
Menangis
Dari Abdullah Bin ‘Amr Bin Al ‘Ash r.a, bahawa Nabi Muhammad
s.a.w. membaca ucapan Nabi Isa a.s.: Ertinya: “Sekiranya Engkau seksakan mereka
sesungguhnya mereka adalah hamba hamba-Mu, dan sekiranya Engkau ampuni mereka,
sesungguhnya Engkau adalah Maha Mulia lagi Maha Bijaksana”. (Al Maidah: 11)
Lalu Rasul s.a.w. menganqkat kedua-dua tangannya dan berdoa:
“Ya Allah, umatku, umatku “, (sambil baginda menangis). Selanjutnya Allah
s.w.t. berfirman kepada Jibril (a.s.): Hai Jibril, pergilah engkau kepada Muhammad,
dan katakan kepadanya: “Sesungguhnya Kami akan meredainya dan umatnya, dan kami
tidak akan menyusahkan kamu “. (HR Imam Muslim)
Berdoa Dengan
Merendah Diri
Allah s.w.t. menceritakan tentang keadaan para Nabi ketika
mereka memohon kepada-Nya, antaranya: “Dan (ingatlah kisah) Ayyub, ketika ia
menyeru Tuhannya: (“Ya Tuhanku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan
Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang diantara semua penyayang.” (Al Anbiyaa:
83)
“Dan (ingatlah kisah) Zakaria, tatkala ia menyeru Tuhannya:
“Ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri, dan Engkaulah
waris yang paling baik”. (Al Anbiyaa: 89)
Berdoa Pada
Beberapa Waktu dan Keadaan yang Mustajab
Ada beberapa waktu berdoa yang mustajab menurut hadis dan
al-Quran. Antaranya ialah ketika berpuasa, ketika sebelum berbuka, ketika hujan
lebat, selepas berzikir dan sebagainya. Doa orang yang teraniaya atau dizalimi
juga dimakbulkan, oleh yang demikian, janganlah kita menganiayai sesiapa
sahaja.
Allah s.w.t. telah menetapkan beberapa waktu atau masa yang
sangat baik jika kita berdoa didalamnya. Waktu waktu itu antara lain: Pada
malam Lailatul Qadr, pada dua pertiga malam, setelah solat waktu dan pada waktu
bersujud dalam sujud rakaat terakhir (doa dalam hati. tanpa mengeluarkan
suara.)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan