Oleh: Sheikh Fuad Hijrasyi
Di antara sifat-sifat orang yang beriman seperti yang dinyatakan dalam ayat terakhir Surah al-Fath:
“Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud.” (Al-Fath: 29)
Mari
kita lihat apa yang diperkatakan oleh para ‘abid yang berilmu, dan
marilah kita lakukan seperti apa yang mereka lakukan dalam jihad yang
berterusan sehingga kita sampai kepada tujuan beribadah dan mencapai
makna ubudiyyah (penyembahan).
1 – Mencapai makna penyembahan:
Firman Allah SWT (bermaksud):
“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. Aku
tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka,
dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu. Sesungguhnya
Allah Dia lah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya,
dan Dia lah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi
Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya.” (Az-Zariyyat: 56-58).
Allah
adalah Khaliq sekalian makhluk. Oleh itu mereka wajib menyembah-Nya dan
Allah tidak memerlukan apa jua dari makhluk. Sebaliknya makhluk wajib
mengerjakan ibadah semata-mata untukNya. Tiada makhluk yang memberi
sesuatu rezeki kepada-Nya dan tiada makhluk yang memberi sesuatu manfaat
kepada-Nya tetapi:
(Sesungguhnya
Allah Dia lah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya,
dan Dia lah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi
Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya.” (Az-Zariyyat: 58).
2 – Melaksanakan kewajipan bersyukur:
Allah SWT telah memberitahu tentang kisah Nabi Sulaiman a.s dalam ayat (bermaksud):
“Berkatalah
ia: "Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku
bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya. Dan
(sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah
terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka
tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha
Kaya, lagi Maha Pemurah". (An-Naml: 40).
Firman Allah tentang kisah Luqman a.s (bermaksud):
“Dan
sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan,
(serta Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada Allah (akan
segala nikmatNya kepadamu)". Dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya
itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak
bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya
Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.”(Luqman: 12),
dan Firman Allah SWT (bermaksud):
“Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu.” (Ibrahim: 7).
3 – Menepati syarat-syarat kesempurnaan:
A
– Iaitu dengan sibuk beribadah kepada Allah - dengan sendirinya
merupakan kesempurnaan - akan menyampaikan hamba kepada kemuncak
kemuliaan. Firman Allah SWT (bermaksud):
“Padahal bagi Allah jualah kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi RasulNya serta bagi orang-orang yang beriman.” (Al-Munafiqun: 8),
Begitu
juga orang yang sibuk beribadah kepada Allah dengan mengikut nabi
dengan sebaik-baiknya, akan sampai ke tahap golongan yang dikasihi
Allah. Firman Allah SWT (bermaksud):
“Katakanlah
(wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku,
nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu.” (Al-Imran: 31).
Manakala
tentang kemuliaan, maka sudah tentu ianya hak mutlak Allah, Rasulullah
saw dan para mukminin yang diperolehi hasil kesibukan beribadah kepada
Allah dan penyembahan kepada-Nya. Manakala orang dikasihi Allah, ianya
hanya tercapai apabila mengikuti Nabi berdasarkan syariat Allah yang di
turunkan kepada para hambaNya dan mengikutinya dengan baik.
Hasil
dari itu – sampai kepada tahap kemuliaan – mengikut nabi akan menjadi
orang yang dikashi Allah – akan menerangi hati dengan cahaya ilahi.
Mengawasi lidah dengan zikir dan tilawah al-Quran.
Mengindahkan anggota badan dengan khidmat yang terbaik.
Menurut
seorang ahli sarjana: "Sesiapa yang gembira berkhidmat kepada Allah,
nescaya semua makhluk akan gembira berkhidmat kepadanya, dan sesiapa
yang tenteram hatinya dengan Allah, nescaya semua makhluk akan merasa
tenteram melihatnya."
B – Melaksanakan ibadah adalah amanah, dan melaksanakan amanah adalah kesempurnaan.
Firman Allah SWT (bermaksud):
“Sesungguhnya
Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi
serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya
dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka
persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan
persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (AlAhzab: 72),
Amanah agama adalah seluruh agama dan amanah syariat adalah seluruh syariat.
Firman Allah SWT (bermaksud):
“Sesungguhnya
Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada
ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di
antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil.
Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang
sebaik-baiknya kepada kamu.” (An-Nisa’: 58).
Mari kita lihat ..
Allah
telah mencipta kita dalam bentuk yang terbaik, dan menjamin rezeki yang
melimpah untuk kita .. Adakah kita menyembah kepadaNya untuk
memperolehi demikian?
Allah
telah berjanji di atas ibadah dengan balasan syurga, dan menjamin kita
memperolehi keteguhan dan berkekalan. Adakah kita menyembah kepadaNya
untuk memperolehi demikian?
Allah
melimpah kepada kita dengan kurniaanNya, kerana Dialah Pencipta dan
Pemberi rezeki yang berdasarkan dengan amal salih yang melayakkannya
dengan syurga ..
Oleh
itu, manakah perlaksanaan amanah yang telah dipikul oleh manusia, untuk
memperolehi kurniaan dan nikmat-nikmat Allah yang terdahulu?!
Diriwayat mengenai seorang lelaki badwi memasuki masjid, lalu mengerjakan solat sambil meninggalkan untanya di luar tanpa
ikatan atau pegangan di luar. Para hadirin berasa kagum dengan keelokan
solatnya, panjangnya rukuk dan sujud, panjang wirid dan doanya, pada
masa yang sama untanya telah berjalan-jalan di luar. Setelah selesai
ibadahnya beliau segera keluar menjejaki untanya. Beliau berkata: “Saya
telah melaksanakan amanahMu .. Oleh itu, manakah amanahku? Tidak lama
kemudian, dia melihat ke sana sini mencari untanya hinggalah dating
seorang lelaki yang membawa untanya, dan dia menyerahkan kepadanya
sambil berkata: “Inilah amanahmu, lalu ia kembali kepadamu.”
Marilah kita memerhatikan pesanan Rasullah saw kepada sepupunya Abdullah bin Abbas r.a di mana baginda bersabda (bermaksud):
"Peliharalah Allah pasti Allah memelihara anda. " (Tirmizi)
C
– Melaksanakan ibadah seolah-olah tenggelam dengan menghadirkan hatinya
kepada Allah, yang memindahkan seorang hamba dari dunia yang menipu
kepada dunia yang menggembirakan.
Diriwayatkan
bahawa Imam Abu Hanifah menunaikan solat dan orang orang yang lain
sedang duduk, tiba-tiba terjatuh seekor ular besar sehingga orang
bertepiaran lari. Namun Abu Hanifah sedikitpun tidak berganjak, malah
menyelesaikan solatnya. Lalu beliau telah ditanya tentang keadaan tadi.
Beliau hanya berkata: “Saya tidak mengetahui.”
Kita
boleh katakan bahawa beliau benat-benar tenggelam ketika beribadah...
menghadirkan hatinya kepada Allah secara keseluruhan. Benar, beliau
telah berada dalam dunia yang menggembirakan.
Marilah
kita memerhatikan sekumpulan wanita dalam Surah Yusuf dan keadaan
mereka semasa memegang pisau dan buah-buahan. Firman Allah SWT
(bermaksud):
“Maka
ketika mereka melihatnya, mereka tercengang melihat kecantikan
parasnya, dan mereka dengan tidak sedar melukakan tangan mereka
(Yusuf:31).
Selain
itu, seorang ‘abid yang tidak tenggelam di dalam ibadahnya adalah
seorang yang lalai atau berlakon. Di dalam sebuah hadis menyatakan
dengan jelas tahap penerimaan amalan seseorang:
"Allah SWT itu baik, tidak menerima sesuatu amalan melainkan yang baik.” (Muslim)
"Allah SWT tidak menerima sesuatu amalan kecuali yang ikhlas dan mengharapkan keredhaan Allah SWT. " (Ahmad)
Salah
seorang sarjana Islam pernah berkata: "Orang miskin ialah golongan yang
cuai kerana telah keluar dari dunia ini dan tidak merasai sesuatu yang
lebih baik dari dunia."
Lalu beliau ditanya. Apakah ia? Beliau berkata: "Cinta kepada Allah dan cinta kepada manusia keranaNya."
Semua
ini kita katakan: Tidak cukup kita melaksanakan ibadah hanya di
peringkat pelaksanaan perintah, tetapi mesti dilakukan dalam keadaan
merasai kelazatan, kecintaan dan kerehatan.
Solat adalah suatu kerehatan bagi Rasulullah saw:
“Wahai Bilal! Rehatkanlah kami dengan solat”. (Tabrani)
Rasulullah saw mendapat ketenangan di dalam solat. Sabdanya (bermaksud):
"Aku mendapat ketenangan dalam solat. " (Nasai)
Aishah r.a pernah berkata:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan