Daripada Abu Hurairah radiallahuanhu, bahawa Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda (maksudnya):
“Setiap
ruas sendi manusia wajib memberi sedekah pada setiap hari apabila
terbit matahari. Mendamaikan antara dua orang (yang bertelagah) satu
sedekah, membantu seseorang menaiki kenderaannya atau mengangkat
barang-barangnya satu sedekah, kata-kata yang baik satu sedekah, setiap
satu langkah ke tempat solat satu sedekah, membuang kotoran di jalan
satu sedekah.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Sehubungan
dengan apa yang disebut oleh Nabi sallallahu alaihi wasallam dalam
hadis di atas, Abu Dzar bertanya baginda, “Kalau saya tidak buat semua
itu?”
Apa jawapan Nabi?
Baginda menjawab: “Engkau menolong orang yang sedang bekerja, atau membantu orang yang tidak mahir dalam pekerjaannya.”
Abu
Dzar tidak berhenti di situ. Dia terfikir tentang golongan yang tidak
punya apa-apa, baik harta, tenaga mahupun kepandaian, maka apa yang
boleh dia lakukan? “Bagaimana ya Rasulullah, mereka yang tidak ada
kebolehan untuk melakukan apa-apa amalan?”
Namun
Nabi sallallahu alaihi wasallam berpandangan lebih luas daripada itu.
Lalu baginda menjawab: “Engkau menahan dirimu daripada melakukan
kejahatan terhadap manusia. Sesungguhnya itu adalah satu sedekah
daripada
dirimu untuk dirimu!”
Hadis di atas juga diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim.
Alangkah
luasnya ruang amal soleh dan alangkah banyak pintu-pintunya.
Tidak perlu berebut dan berasak-asak untuk memasukinya. Di mana-mana dan pada bila-bila masa amal soleh menanti kita.
Tidak perlu berebut dan berasak-asak untuk memasukinya. Di mana-mana dan pada bila-bila masa amal soleh menanti kita.
Bermula
di dalam rumah, suami memuliakan isteri, isteri menghormati suami.
Ibu bapa mengasihi anak-anak, anak-anak menyayangi ibu bapa.
Ibu bapa mengasihi anak-anak, anak-anak menyayangi ibu bapa.
Di
jalan raya bersopan dan patuhi undang-undang.
Di tempat letak kereta, letak dengan baik dan tidak menghalangi laluan orang lain.
Di tempat letak kereta, letak dengan baik dan tidak menghalangi laluan orang lain.
Di tempat kerja tunaikan hak pelanggan, majikan menjaga kebajikan perkerja, pekerja menjalankan tugas dengan amanah.
Di sekolah guru-guru dihormati, murid-murid disantuni.
Pengamal media tidak menyiarkan berita palsu, berita fitnah, berita yang mengaibkan.
Sesungguhnya, 10
hari daripada Zulhijjah akan datang dan pergi sebagaimana hari-hari
yang lain juga. Inilah masanya untuk kita semua berebut dan
berlumba-lumba mengislahkan amal agar menjadi amal soleh yang paling
disukai Allah.
Selamat beramal soleh.
Sumber: